XtGem Forum catalog
Date :23/10/18<<>>Time :17:06
HomeAbout meWisata dan kuliner kotawonosoboUpdate postGuestbook
"Isy ma syi'ta fainnaka Mayyitun, Wahbib ma syi'ta fainnaka Mufarroquhu, Wa'mal ma syi'ta fainnaka Majziyun bihi"
(hiduplah sesuka hatimu tetapi (ingat) engkau pasti akan mati.Cintailah siapa pun yang ingin engkau cintai,tetapi (ingat) engkau pasti akan berpisah darinya.Berbuatlah sesuka hatimu,tetapi (ingat) engkau pasti akan mendapatkan balasannya)

JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU

rosulullah mengatakan bhwa jihat yg paling besar bukan perang melawan kaum musyrikin tp,jihad yg paling besar adalah melawan hawa nafsu

"Ketika pulang dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

SANAD HADIST JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU

Hadis ini dirwayatkan dalam beberapa bentuk lafaz. ia diriwayatkan oleh imam al- baihaqi dalam az-zuhd al-kabir, imam al-baghdadi dalam tarikh al-baghdad dan imam ibn al-jauzi dlm zm al-hawa. Sanadnya lemah dan ada yang dinilai sebagai sangat lemah.

Tetapi dalam bahagian ke-13 daripada al-fawa'id al-muntakhah himpunan imam abu hafs umar bin ja'far al-basri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.

رقم الحديث: 63 (حديث مرفوع) نا مُحَمَّدُ بْنُ غَالِبٍ, قَالَ : نا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْبِرَكِيُّ, قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى, قَالَ : نا لَيْثٌ, عَنْ عَطَاءٍ, عَنْ جَابِرٍ, قَالَ : قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ, صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, قَوْمٌ عُرَاةٌ, فَقَالَ النَّبِيُّ,  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ ". قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟, قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ "

No hadis: 63 hadis marfu':

telah meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Ghalib (thiqah) bahawa beliau berkata: isa bin ibrahim Al-Barki (thiqah) berkata: Yahya bin ya'la At-Taimi Al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, bahawa beliau berkata: Laith (bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' thiqah) meriwayatkan kepada kami daripada  'Atho' (bin Aslam, seorang ulama thiqah) daripada Jabir r,a. bawasanya beliau berkata: "Telah datang kaum kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar."  Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya"

Takhrij Hadis Al-Jihad Al-Akbar (Jihad Lebih Besar) 

Sebahagian pihak mendakwa bahawasanya hadis tentang Jihad Al-Akbar adalah melawan hawa nafsu sebagai hadis yang palsu atau dha'if.

Bagi mereka yang menghukum hadis ini sebagai tidak sah daripada Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam, maka itu adalah suatu tuduhan tanpa sandaran ilmu yang jelas. Hadis ini bahkan sering digunakan oleh para ulama' terutamanya para ulama' sufi.

Nas hadis ini :-

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam :-

قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ ". قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟, قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ

Maksudnya: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya". 

Ianya diriwayatkan oleh Imam Al- Baihaqi dalam Az-Zuhd Al-Kabir (no: 383 ), Imam Al-Khatib Al- Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (15 :685 ) dan Imam Ibn Al-Jauzi dalam Zam Al-Hawa (no: 118 ). Imam Al-Mulla Ali Al-Qari meriwayatkannya secara Mursal dalam Al-Asrar Al-Marfu'ah fi Al- Akhbar Al-Maudhu'ah (no 210).

Beliau berkata :

قَالَ الْعَسْقَلَانِيُّ فِي تَسْدِيدِ الْقَوْسِ هُوَ مَشْهُورٌ عَلَى الْأَلْسِنَةِ ، وَهُوَ مِنْ كَلَامِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي عَبْلَةَ فِي الْكُنَى لِلنَّسَائِيِّ ، قُلْتُ : ذَكَرَ الْحَدِيثَ فِي الْإِحْيَاءِ ، وَنَسَبَهُ الْعِرَاقِيُّ إِلَى الْبَيْهَقِيِّ مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ ، وَقَالَ : هَذَا  إِسْنَادٌ فِيهِ ضَعْفٌ ، وَقَالَ السُّيُوطِيُّ : رَوَى الْخَطِيبُ فِي تَارِيخِهِ مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ ، وَقَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ مِنْ غَزَاةٍ لَهُمْ ، فَقَالَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ ، وَقَدِمْتُمْ مِنَ الْجِهَادِ  الْأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ الْأَكْبَرِ " ، قَالُوا : وَمَا الْجِهَادُ الْأَكْبَرُ ؟ ، قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ ".

Maksudnya: "Imam Al-Asqolani berkata dalam Tasdid Al-Qaus: "Ia adalah hadis yang masyhur di lisan-lisan sedangkan ia dari perkataan Ibrahim bin Abi 'Ablah dalam Al-Kuna oleh Imam An- Nasa'ie. Saya (Al-Qari) berkata: Hadis ini disebut dalam kitab Al- Ihya' dan Imam Al-'Iraqi menisbahkannya kepada Al- Baihaqi daripada Hadis Jabir r.a.. Dan Imam Al-Baihaqi pula berkata: "Isnad ini padanya ada kelemahan."

Imam As-Suyuti berkata: "Imam Al-Khatib meriwayatkannya daripada hadis Jabir lalu berkata "Nabi shollallahu 'alaihi wasallam telah datang daripada sebuah perang bagi mereka lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".

Adapun hadis Imam Al-Baihaqi yang dimaksudkan adalah dalam kitab Az-Zuhd Al-Kabir dengan lafaznya :-

أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدَانَ ، أَنْبَأَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدٍ ، حَدَّثَنَا تَمْتَامٌ ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى ، عَنْ لَيْثٍ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ, قَالَ : " قَدِمَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى  اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْمٌ غُزَاةٌ ، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ مِنَ الْجِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ الأَكْبَرِ, قَالُوا : وَمَا الْجِهَادُ الأَكْبَرُ ؟ قَالَ : مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ ". هَذَا إِسْنَادٌ ضَعِيفٌ. 

Maksudnya:

Ali bin Ahmad bin 'Abdan telah mengkhabarkan kepada kami, Ahmad bin Ubaid telah menyampaikan kepada kami, Tamtam telah menceritakan kepada kami, Isa bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami, Yahya bin Ya'la telah menceritakan kepada kami daripada Laith daripada 'Atho' daripada Jabir bahawasanya  beliau berkata: "Nabi shollallahu 'alaihi wasallam telah datang daripada sebuah perang bagi mereka lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." 

Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".

Sanad hadis ini mengandungi kelemahan sebagaimana disebutkan oleh Imam Al-Baihaqi sendiri. Beliau merujuk kepada Laith bin Aiman (Abi Sulaim) dalam sanad tersebut, yang meriwayatkan daripada 'Atho' daripada Jabir r.a.. Imam Ahmad menilai Laith bin Aiman sebagai Mutharib Al-Hadis tetapi ada juga golongan yang meriwayatkan daripada beliau. Imam Yahya bin Ma'in menyebut bahawasanya Laith bin Abi Sulaim dha'if melainkan ditulis hadisnya.

Imam Yahya bin Sa'id Al-Qathan berkata pula: "Bahawasanya tidak diriwayatkan daripada Laith bin Abi Sulaim." Imam Abu Zur'ah berkata: "Laith bin Abi Sulaim Lain Al-Hadis, yang manan tidak berdirinya hujah di atasnya di sisi ahli ilmu hadis". [Rujuk Tahzib Al- Kummal] Sebagaimana disebut oleh Imam  As-Suyuti, seperti dalam nukilan Al-Mulla Ali Al-Qari, sememangnya Al-Khatib Al- Baghdadi ada meriwayatkannya dalam Tarikh Baghdad tetapi melalui jalan sanad yang sangat lemah sehingga mengandungi Yahya bin Al-'Ala' yang ditohmah sebagai pemalsu hadis.

Ada Sanad yang Baik? 

Namun, dalam bahagian ke-13 daripada Al-Fawa'id al- Muntakhah himpunan Imam Abu Hafs Umar bin Ja'far Al-Bashri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.

Nasnya :-

رقم الحديث: 63 ) حديث مرفوع( نا مُحَمَّدُ بْنُ غَالِبٍ, قَالَ : نا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْبِرَكِيُّ, قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى, قَالَ : نا لَيْثٌ, عَنْ عَطَاءٍ, عَنْ جَابِرٍ, قَالَ : قَدِمَ عَلَى النَّبِيِّ, صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, قَوْمٌ عُرَاةٌ, فَقَالَ النَّبِيُّ  , صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ ". قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟, قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ 

Maksudnya: No hadis: 63 (hadis marfu'):

Muhammad bin Ghalib telah menceritakan kepada kami bahawa beliau berkata: Isa bin Ibrahim Al-Barki berkata: Yahya bin Ya'la At-Taimi Al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, bahawa beliau berkata: Laith (bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' thiqah) meriwayatkan kepada kami daripada 'Atho' (bin Aslam,  seorang ulama thiqah) daripada Jabir r,a. bawasanya beliau berkata: "Telah datang kaum kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad  lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".

Adapun Laith dalam sanad ini bukanlah Laith bin Aiman dalam hadis Al-Baihaqi tetapi ianya adalah Laith bin Sa'ad Al-Misri, seorang ulama' yang thiqah.

Justeru, hadis ini mempunyai sanad yang kuat kerana semua perawinya adalah thiqah.  Maka, boleh disimpulkan bahawasanya ada jalan sanad yang sahih atau kuat bagi hadis ini. 

Wallahu a'lam...

http://jomfaham.blogspot.com/2012/03/status-hadith-jihad-yang-paling-besar.html


dalam sebuah kisah diceritakan bahwa

Seorang murid yang sedang bersungguh-sungguh menundukkan nafsunya

menghampiri gurunya dan berkata, "Guru, sudah berapa lama aku berusaha

menundukkan nafsu liarku ini, namun selalu saja aku tergelincir dan

kalah. Apa yang harus kulakukan?" Guru yang bijak ini tidak segera

menjawab pertanyaan muridnya, namun mengajaknya pergi ke rumah orang

kaya dan terkenal dengan kedermawanannya, di desa tempat mereka

tinggal.

Ketika sampai di gerbang pintu rumah si kaya itu, tiba-tiba dua ekor

anjing besar dan buas segera berlari sambil menggonggong dengan keras

menghampiri mereka berdua yang berada di luar gerbang. Murid itu

terperanjat dan takut, sambil memandangi gurunya penuh keheranan,

karena belum menjawab pertanyaannya tadi.

"Apa yang harus kita lakukan untuk masuk ke rumah orang kaya ini,

supaya kita dapat mencicipi kedermawanannya? Apakah kita lawan anjing

buas miliknya ini?" Tanya guru. Sambil mengerenyitkan dahi keheranan

dengan kenaifan gurunya pikirnya, ia menjawab, "Guru, bukankah lebih

baik kita memanggil pemilik anjing ini agar menenangkan dua anjing

buasnya, lalu kita dapat masuk ke rumahnya dan merasakan hidangannya?"

Sambil tersenyum guru itu berkata, "Bagus, kau telah menjawab

pertanyaanmu tadi."

Namun murid itu masih bingung, "Maksud guru?" tanyanya.

Guru bijak itu lalu menjelaskan, "Nafsumu ibarat anjing buas ini yang

menghalangimu untuk mencicipi kedermawanan Tuhanmu. Jika engkau

melawannya dengan kekuatanmu sendiri, maka kau akan hancur dan tak

pernah sampai ke rumah Tuhanmu. Cara yang cepat dan aman untuk semua

itu, panggillah Tuhanmu dan mintalah Dia menenangkan nafsu liarmu yang

milik-Nya itu, agar kau dapat masuk ke hadirat-Nya."

WALLAHU A'LAM


<<=BACK
Jangan iri kepada orang yang banyak hartanya
NEXT=>>
Kaya yang sebenarnya
NEXT=>>